Terlebih
dahulu saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa ICT
sekolah dan pihak yang berkaitan yang berusaha penuh
komitmen untuk menghasilkan laman web rasmi sekolah.
Sememangnya tidak dinafikan pada era globalisasi ini,
ledakan teknologi maklumat telah menjadi alternatif sebagai
sumber ilmu tanpa sempadan.
Sehubungan dengan ini, saya menyeru kepada semua pihak agar
tidak menyalahgunakan kemudahan-kemudahan ini serta
mengambil sikap proaktif dan dapat menggunakan medium ini
sebaiknya untuk kebaikan semua.
Semoga laman
web ini dapat menghubungkan sekolah ini dengan
sekolah-sekolah di serata Malaysia, malah di seluruh dunia
untuk menjadi sebuah komuniti yang luas agar dapat
bertukar-tukar pendapat dan ilmu pengetahuan.
Sekian, terima kasih."
"ILMU NILAI NEGARA |