Selamat Datang ke Laman Web SMK Rantau.. "Sahsiah Utama. Akademik Pertama. Kokurikulum Terbina.


YAZID BIN YUSOF
Pengetua SMK Rantau

 

KPM
JPNS
PPDS
 
EDUWEB TV
CIKGUNET
IPTA
IPTS
 
BERITA HARIAN
UTUSAN ONLINE
SIN CHEW DAILY
NAMBAN
THE STAR
LOGO DAN LAGU SEKOLAH
   
Logo Sekolah

Logo SMK Rantau dicipta sekitar awal tahun 70an oleh bekas guru SMK Rantau iaitu En. Abdul Wahab bin Kassim dengan kerjasama beberapa orang bekas pelajar sekolah ini.


Maksud Simbol-simbol dalam lencana:

1. Lima Bulatan:
Melambangkan lima buah Rumah Sukan sekolah. Lima bulatan yang saling berhubungan membawa maksud perpaduan antara kaum serta semangat kerjasama.

2. Obor:
Melambangkan semangat kesukanan dan semangat mengejar pengetahuan yang terus menyala pada setiap masa.

3.Buku:
Melambangkan pengetahuan dan ketinggian ilmu pengetahuan.

4. Motto 'Ilmu Nilai Negara'
Motto sekolah menerangkan tingginya nilai ilmu bagi sesebuah negara

5. Warna Biru:
Melambangkan keharmonian dan keindahan suasana.

 

Lagu Sekolah
Sekolah Menengah Rantau
Sekolahku sayang

Sekolah taman,indah dan nyaman
Kami menyayangimu

Berpegang pada motto
Ilmu Nilai Negara

Kami gigih, cekal dan tekun
Dalam semua lapangan

Hormat pada guru dan rakan
Pemimpin dan Negara

Patuh pada peraturan
Untuk kebaikan semua

Sekolah Menengah Rantau
Sekolahku sayang

Sekolah Menengah Rantau
Sekolahku sayang
 

Paparan Terbaik 1024 X 768 Pixel
Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau 71200 Rantau, Negeri Sembilan.
Tel:06-6941269 (Pej Am), Fax:06-6943639
Hakcipta Terpelihara (c) SMK Rantau 2022
Penafian: Pihak SMK Rantau  tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami
kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

Sebarang Maklum Balas Hubungi kami : smkrantau@edu.my atau Web Master : mr.anuar34@gmail.com